Permohonan pinjaman anda selalu ditolak? selain tidak menyimpan rekod kewangan dan tidak pernah isytiharkan cukai, CCRIS & CTOS juga boleh menjadi punca.💁
Bagaimana?😕
Sebelum kita ingin membuat apa-apa pembiayaan yang baru, WAJIB semak terlebih dahulu CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah rekod yang diselia oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia yang mengawasi corak pembayaran pinjaman anda. Sekiranya kita pernah mengambil pinjaman AEON Credit, PTPTN, atau pernah membuat pinjaman pembiayaan kereta @ pinjaman peribadi.
Laporan CCRIS menunjukkan rekod pembayaran hutang kita dalam tempoh 12 bulan dengan institusi kewangan/perbankan . Daripada rekod ini, ia dapat menunjukkan samada kita pembayar hutang yang menepati masa atau pembayar hutang yang mempunyai tunggakan dalam tempoh 2-3 bulan.
Jika kita mempunyai rekod yang tidak baik ia akan menjejaskan permohonan pinjaman baru yang ingin dipohon contohnya seperti membuat pembayaran PTPTN on-time tetapi gagal mengemaskini akaun menyebabkan kita mempunyai rekod yang buruk dalam CCRIS.
Kepada peminjam PTPTN terutama fresh graduate anda haruslah menyemak CCRIS terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa permohonan kerana ia akan menyebabkan pinjaman anda ditolak.
Laporan CCRIS boleh disemak dengan beberapa cara:- (1) Akses melalui eCCRIS, (2) Akses melalui Kios CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM atau cawangan AKPK, (3) Memohon di BNMLINK Kuala Lumpur atau Pejabat BNM, (4) Memohon melalui surat.
APA ITU CTOS?😕
CTOS (Credit Tip Off Service) adalah kad laporan kredit dan diselia oleh syarikat persendirian. CTOS memperolehi maklumat daripada sumber awam yang juga melaporkan tunggakan daripada syarikat utiliti, peminjam wang berlesen atau syarikat penyedia skim bayaran ansuran seperti Courts, Singer, Coway dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment
Leave a comment maybe ?